saya ada blog baru http://photodunn.blogspot.com dalam nih banyak gambar2 :) moh ke sana !
Isnin, Disember 22, 2008
Sabtu, November 29, 2008
Khamis, September 18, 2008
Kad Raya Digital Online

sempena hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi, marilah kita sama-sama menghantar kad ucapan raya digital + free
dapatkan kad raya digital anda sebelum terlepas :), antara laman web yang menyediakan perkhidmatan kad raya digital percuma ialah :-
- http://cards.thestar.com.my/raya/ <- menarik ada lagu
- http://www.heartsincards.com/index.php?cat_id=75 <- animasi flash
- http://cards.harirayapuasa.com/cgi-bin/newcards/showthumbs.pl?q1=enov_hariraya&log=hariraya <>
sekian :)
Posted by HamdanZakaria at 7:04 PTG 0 comments
Jumaat, September 12, 2008
bekam
Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)Pendapat sebahagian fuqaha, perkataan hijamah bererti mengeluarkan darah daripada tengkuk dengan cara menghisapnya dengan alat-alat hajam (bekam) selepas dibedah. Al-Khattabi ada menyebutkan bahawa hijamah atau berbekam itu tidak dikhususkan tempatnya di tengkuk sahaja bahkan ia juga boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan. (Mausu?ah feqhiah: 17/14)
Hukum Berbekam
Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Sehingga ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian dalam menyara hidup seharian.
Persoalan yang timbul adakah perubatan dengan berbekam itu disyariatkan, bolehkah ia dijadikan sebagai pekerjaan dan apakah kesannya terhadap keshahihan sesuatu ibadat?
Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ?alaihi wasallam yang maksudnya:
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam"
(Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
Maksudnya: "Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara: minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari)
Daripada hadis di atas jelas menyebutkan bahawa berbekam itu salah satu jenis perubatan yang diharuskan dalam Islam. Namun apa yang ingin disentuh di sini ialah hubungan dan kesannya terhadap hukum taharah, puasa dan berihram, dan hukumnya jika dijadikan ia sebagai satu mata pencarian.
Kesan Berbekam Dalam Taharah
Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan yang ertinya :
"Tidak perlu berwudhu (tidak batal wudhu) kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar. (Al-Umm: 1/14)
Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.
Kesan Berbekam Dalam Puasa
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ?Abbas Radiallahu ?anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ?alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)
Kesan Berbekam Dalam Ihram
Mengikut pendapat Imam As-Syafie, Ashab dan jumhur ulama adalah harus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah, selagi dia tidak memotong rambutnya. (Majmuk: 7/377) Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah Radiallahu ?anhu, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ?alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram."
(Hadis riwayat Bukhari)
Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu.
Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi jika tidak terpotong rambut maka itu diharuskan. (Mausu?ah Feqhiyah: 17/17)
Berbekam Sebagai Pekerjaan
Pendapat jumhur fuqaha termasuk mazhab Syafie, adalah diharuskan bagi seseorang itu menjadikan hijamah (bekam) sebagai satu pekerjaan dan mengambil hasil daripadanya. Kerana berbekam itu perbuatan yang bermanfaat, mubah (harus) dan orang ramai memerlukannya, maka diharuskan mengambil upah seperti pekerjaan menjahit dan sebagainya. (Mausu?ah feqhiah: 17/18)
Mereka berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ?Abbas Radiallahu ?anhuma, beliau berkata yang maksudnya:
"Nabi Shallallahu ?alahi wasallam pernah berbekam dan Baginda memberi (upah) kepada orang yang membekamnya itu, seandainya hal itu haram, nescaya Baginda tidak memberinya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Dari penjelasan di atas dapat kita simpulkan bahawa berbekam itu adalah merupakan cara perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ?alaihi wassalam. Yang demikian itu sudah tentu banyak kelebihan dari segi kesembuhan suatu penyakit, sebagaimana diamalkan oleh Baginda sendiri. Oleh kerana itu membekam suatu bidang pekerjaan yang patut diterokai.
Posted by HamdanZakaria at 6:36 PTG 0 comments
Labels: Islam
Khamis, September 11, 2008
daftar domain tl.my percuma
TL.MY atau TopLinks.my adalah domain percuma yang membenarkan pengguna mendaftar subdomain .TL.MY secara mudah & percuma
Mengapa anda perlu mendaftar TL.MY
- membuatkan website atau blog anda mudah diingati dengan mendapatkan alamat pendek .TL.MY
- ianya 100% percuma, anda tidak perlu menbayar sesen pun
- mudah & cepat, cuma daftar dan letakkan alamat laman web anda yang sebenar
- tiada sekatan, anda boleh mendaftar untuk myspace, friendster, blogger, webpress & lain-lain
sumber dari http://www.tl.my/index.html
Posted by HamdanZakaria at 11:08 PTG 0 comments
Labels: Komputer
Rabu, September 10, 2008
akhirnya templates
harinih dah masuk hari yang ke 5 rasanya tukar templates. Last-last jumpa yang nih ok rasanya dari yang dulu, takder masalah nak tukar gambar, tukar itu ini, senang je guna yang nih, gambar pun senang nak fixkan dengan text, tak macam sebelum nih nak buat spacing text pun kena nak kena enter 2 3 baris :)Posted by HamdanZakaria at 12:28 PG 1 comments
Ahad, September 07, 2008
Google Web Accelerator !
semasa asyik melihat-lihat di laman web Google Products saya terjumpa sebuah progam yang bagus iaitu Google Web Accelerator iaitu sebuah program plug-in untuk Internet Browser. Fungsi utama Google Web Accelerator ini adalah untuk mempercepatkan proses perbukaan sesebuah laman web. Google Web Accelerator ini direka khas untuk pengguna yang menggunakan talian broadband agar mendapat kelajuan semasa membuka sesebuah laman web. Selepas habis saya menginstall program ini terbukti keberkesanannya, laman web yang saya buka lebih cepat prosesnya daripada biasa.untuk mencuba program ini anda boleh dapatkan di http://webaccelerator.google.com/
Posted by HamdanZakaria at 10:20 PTG 0 comments
Labels: Komputer
senang download mp3
laman web yang saya maksudkan ialah http://radioblogdownloader.com anda perlu menggunakan Mozilla Firefox 3 beserta plug-in DownloadHelper
taip lagu atau nama artis yang anda hendak kemudian klik pada lagu atau artis tadi & akan nampak icon DownloadHelper berpusing2, klik icon DownloadHelper tuh untuk download lagu itu..
kalau ada guna Flashget atau seumpamanya nak download kena tunggu lagu habis loading dulu kemudian baru download, kalau tak habis loading lagu yang kita download pun separuh :)
sekian.
Posted by HamdanZakaria at 5:38 PTG 2 comments
Labels: Komputer
Sabtu, September 06, 2008
babi + biri = BARI ?
kepada umat islam sila berhati2 ini adalah hasil kacukan biri-biri dan Babi (Khinzir) badan sama dengan biri-biri tetapi muka tetap muka BABI
Posted by HamdanZakaria at 1:54 PTG 0 comments
Labels: Islam
External Hard Disk 320GB
masa pergi PC Fair arituh ada beli PDA HTC P3600i dalam masa yang sama dapat tawaran untuk membeli barangan lain dengan harga murah 50% kot.. ushar punya ushar pastu kocek pun cukup budjet langsung beli WD My Book Studio Edition External Hard Drive bersaiz 320GB dengan harga RM199.00 kalau betul-betul harga dia dalam RM3 ratus lebih kalau dalam website WD harga dia $149.99.dengan 320GB boleh memuatkan :-
klik butang kanan pada ikon My Computer
pilih Manage & akan keluar tetingkap Computer Management
pilih bahagian Storage & klik pada Disk Management
akan terpapar senarai Hardisk pada komputer anda iaitu Disk 0, Disk 1 atau seterusnya (jika anda guna lebih dari 1 hardisk)
pada komputer saya ia tersenarai dalam Disk 1, seterusnya klik butang kanan pada Disk 1 dan pilih Create Partition akan terpapar Welcome to the New Partition Wizard
klik Next dan seterusnya pilih Primary dan klik Next
pilih saiz yang anda mahukan dan seterusnya klik Next
pilih Drive Letter untuk External Hard Disk ini dah klik Next
akan terpapar skrin Format Partition
Format Disk 1 dan tunggu hingga selesai (100%)
sekarang anda telah berjaya menyenaraikan External Hard Disk ini dibahagian My Computer anda :)
lawati laman web WD di http://www.wdc.com/en/products/products.asp?driveid=371
Posted by HamdanZakaria at 10:19 PG 0 comments
Labels: Komputer
Khamis, September 04, 2008
Selamat Berpuasa
selamat berpuasa, sempena bulan yang mulia ini marilah kita perbanyakkan amalan, antara amalan yang boleh dilakukan dengan mudah adalah dengan membaca Al-Quran. Terdapat Al-Quran online yang disertakan dengan terjemahan yang sangat baik, anda boleh melihatnya di http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspxselamat beramal !
Posted by HamdanZakaria at 8:12 PTG 0 comments
Labels: Islam
Google Chrome

Untuk muat turun Google Chrome anda boleh lawati lawan web Google Chrome di http://www.google.com/chrome/
Antara kelebihan Google Chrome
Posted by HamdanZakaria at 7:00 PTG 0 comments
Labels: Komputer