Ahad, September 07, 2008

Google Web Accelerator !

semasa asyik melihat-lihat di laman web Google Products saya terjumpa sebuah progam yang bagus iaitu Google Web Accelerator iaitu sebuah program plug-in untuk Internet Browser. Fungsi utama Google Web Accelerator ini adalah untuk mempercepatkan proses perbukaan sesebuah laman web. Google Web Accelerator ini direka khas untuk pengguna yang menggunakan talian broadband agar mendapat kelajuan semasa membuka sesebuah laman web. Selepas habis saya menginstall program ini terbukti keberkesanannya, laman web yang saya buka lebih cepat prosesnya daripada biasa.

program ini memerlukan system operasi Windows XP atau Windows 2000 untuk berfungsi dengan baik, jika anda menggunakan Internet Browser selain dari Internet Explorer anda perlu lakukan konfigurasi proxy anda kepada 127.0.0.1 dah port 9100 untuk capaian HTTP

untuk mencuba program ini anda boleh dapatkan di http://webaccelerator.google.com/

sekian selamat mencuba :)

0 Comments: