Sabtu, September 06, 2008

External Hard Disk 320GB

masa pergi PC Fair arituh ada beli PDA HTC P3600i dalam masa yang sama dapat tawaran untuk membeli barangan lain dengan harga murah 50% kot.. ushar punya ushar pastu kocek pun cukup budjet langsung beli WD My Book Studio Edition External Hard Drive bersaiz 320GB dengan harga RM199.00 kalau betul-betul harga dia dalam RM3 ratus lebih kalau dalam website WD harga dia $149.99.

dengan 320GB boleh memuatkan :-

sehingga 91,000 Gambar Digital
sehingga 80,000 Lagu (mp3)
sehingga 8,000 Lagu (cd kualiti)
sehingga 24 Jam Video Digital (DV)
sehingga 100 Jam Video DVD
sehingga 38 jam Video HD

cara pemasangan external hard disk ini sangat mudah, berkongsep plug & play, kita cuma perlu mengkofigurasi semula dia bahagian Disk Management. Caranya begini :-

klik butang kanan pada ikon My Computer
pilih Manage & akan keluar tetingkap Computer Management
pilih bahagian Storage & klik pada Disk Management
akan terpapar senarai Hardisk pada komputer anda iaitu Disk 0, Disk 1 atau seterusnya (jika anda guna lebih dari 1 hardisk)
pada komputer saya ia tersenarai dalam Disk 1, seterusnya klik butang kanan pada Disk 1 dan pilih Create Partition akan terpapar Welcome to the New Partition Wizard
klik Next dan seterusnya pilih Primary dan klik Next
pilih saiz yang anda mahukan dan seterusnya klik Next
pilih Drive Letter untuk External Hard Disk ini dah klik Next
akan terpapar skrin Format Partition
Format Disk 1 dan tunggu hingga selesai (100%)

sekarang anda telah berjaya menyenaraikan External Hard Disk ini dibahagian My Computer anda :)

lawati laman web WD di http://www.wdc.com/en/products/products.asp?driveid=371

0 Comments: